Sunday, May 23, 2010

Ibrahim kata " Pas jadi kaldai kepada Dap" meninggalkan perjuangan menegak Islam kerana cita cita politik je.

MACHANG 22 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Dewan Pemuda Pas mendesak kerajaan-kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang supaya menghapuskan juga lesen judi di negeri terlibat.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan itu berasa aneh dengan sikap sayap parti tersebut yang hanya menyalahkan Kerajaan Pusat kerana meluluskan lesen pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 tetapi membiarkan premis judi lain terus beroperasi di negeri-negeri pakatan pembangkang.

Macammana tak aneh nya. sebab Pemuda Pas banyak yang tau tentang akta undang undang, dan meraka tau, bukan kuasa kerajaan negeri boleh batalkan lesen judi, Hanya mangkok mangkok yang tak reti akta je yang masih memikirkan kerajaan negeri yang berkuasa.

Menurut Ibrahim lagi, sikap pemimpin muda Pas itu juga menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam memperjuangkan Islam tetapi hanya mahu meraih sokongan politik demi kepentingan peribadi.
“Ini satu sikap hipokrit, satu sikap berat sebelah. Jadi saya tidak nampak keikhlasan Pas menentang isu lesen judi ini kerana hukumnya haram tetapi lebih menjurus kepada isu politik,” jelasnya.
Sementara itu, beliau berkata, tindak tanduk Pas hari ini menunjukkan mereka hanya menjadi ‘keldai’ kepada DAP sehingga sanggup meninggalkan perjuangan asal iaitu menegakkan syiar Islam semata-mata mahu mencapai cita-cita politik.

Ibrahim sendiri tak berasa ke dia juga mempunyai agenda politik nya sendiri? 
Ikhlas sangat ke dia dalam memperjuangkan Islam? dalam memperjuang kan Perkasa, yang konon memperjuangkan Melayu?



“Orang bukan Islam akan melihat kecelaruan di antara ulama Islam sendiri dan akhirnya mereka tidak lagi menghormati agama suci ini,” kata Ibrahim lg

Orang bukan Islam pun tau judi haram pada orang islam, depa lagi celaru bila kerajaan yang di terajui oleh  umeno boleh meluluskan semua yang berkaitan judi,, tak heran ke?
Bukan perbuatan Pas yang membuatkan orang bukan islam hilang kepercayaan pada Islam,

Pak beraim ... lu pikir la sendiri..

2 comments:

azman kamarul said...

Sudah lah Brahim...jangan tak tau malu.....jangan hanya nak cari pengaruh sahaja....

Orang-orang bukan Islam sendiri tak amu dengan judi...kamu pulak mempolitikkan hukum haram judi ni...apa jenis orang kamu ni Brahim?

Dah jadi MP atas ehsan PAS...malulah sikit Brahim oiii...CUBA-CUBA LAH JADI MANUSIA PULAK!!!!!

Hisyamuddin Che Ali said...

judi dibwh kerajaan pusat..ini ada dlm perlembagaan..yg ko kata kerajaan negeri luluskn? sasau ke?? krajaan ngeri hnya dapat cukai pintu je..bukn cukai judi..pi raaah katak..mmg umno dh sasau...

(mhn link,shbt..)