Saturday, June 25, 2011

Perkasa,,,pembela bangsa?

Antara banner yang di bawa,, membayangkan bertapa kasih nya mereka pada datuk tu...alahai...sayang ada makna...
Banner untuk perkasa... pembela bangsa dan negara..

Ape yang perkasa bela? berapa ramai bangsa melayu yang dah perkasa tolong?
Tak faham la aku,,,
nak aku nampak...tak ada satu ape pun jasa perkasa pada bangsa lebih lebih lagi bagi negara,,,
melain mereka cuma pencacai pada perogol bersiri bengsa melayu sejak dulu lagi...umeno...

Mai ramai ramai pinjam duit KWSP..Dapat penghormatan...

ISA SAMAD : PINJAM DUIT KWSP SATU PENGHORMATAAN – mkini

Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini.

Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.

Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.

"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.

Nota kaki : 
Awat tak pinjam ngan bank? Sebab kena bayar faedah ke?
Pinjam ngan KWSP tak kena ape ape pun kan? Kalau tak bayar pun tak pe sebab tak terikat dengan undang undang..hanya KWSP la yang bangang....bagi pinjam tampa faedah dan cagaran....
Berapa ramai penyimpan yang cuba nak bawak keluar duit sendiri...bukan banyak mana pun...abih abih kuat pun 30 40 ribu je....punya la susah,,,sampai macam mintak sedekah,, tapi bila felda nak pinjam...senang pulak...sial betul la..
Bukan sikit pulak tu,,,
Kata nya Felda dah untung 1 billion...awat pulak p pinjam 6 billion?
Mampu bayar ke ni?
Nanti nanti,,peneroka juga yang susah...

Friday, June 24, 2011

Sakit nya hati perkasa dan pemuda umno..

KUALA LUMPUR 23 JUN : Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.
Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi). ...

Nota kaki :
Macam mana ni...perkasa tak cuba hubungi ke anggota2 nya yang berada di luar negara untuk membantah perarakan tu? 
Nanti kita tengok sama sama. macam manakah sambutan juga peranan polis di mana anggota bersih di jangka mengadakan perhimpunan tersebut...
matemetik cara mudah...antara 10 rakyat malaysia..hanya 2 sahaja yang mengatakan pilihan raya di malaysia adalah yang paling adil...8 yang lain pilihanraya di Malaysia adalah antara banyak penipuan...
Alo....kat Negara India... terdapat ratus juta rakyat nya...Pilihan raya yang di jalankan lebih baik dari yang di lakukan di Negara kita ini...
Untuk mengelakkan penipuan atau mengundi lebih dari sekali..dakwat telah digunakan.
Kenapa ia tak boleh di laksanakan di Malyasia?
Kerana ramai nya ulamak duit yang membuat fatwa,,,tidak sah solat jika dakwat itu di gunakan...kerana ia kalis air...
Alasan semata mata.. Ini adalah antara agenda perhimpunan bersih di adakan...
Macam ni punya senag pun ada lagi gerombolan yang tak faham dan sengaja buat buat tak faham...
Punya jahat niat untuk membodoh2 kan rakyat hanya kerana ingin kan kuasa,,,segala nya mereka sanggup lakukan....
Perhimpunan anggota bersih di luar negara di jangka akan menambah kan sengsaranya SPR dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang...Begitulah juga pihak pihak yang  mengambil kesempatan bersubahat dengan pihak SPR ... pilihan raya kali ini...semua rakyat akan buka mata....
Sakit la mereka kali ini...

Thursday, June 23, 2011

Wakil Perak 30 k..wakil WP sasarkan 60 k....Wakil Perkasa? 99 % kata mesti di teruskan....

Bancian portal dalam talian The Star Online semalam mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan....

Rakyat dah mula minta...ape perkasa umno boleh buat?
Selain menggunakan saluran ungang2 dengan kuasa polis aje la..
Ape kata..polis berikan permit... dan siapa2 yang didapati cuba menimbulkan kekacauan harus di tangkap..
Telah di war warkan Perhimpunan Bersih 2.0 ini...ada perhimpunan aman untuk memngahanta memorendum kepada yang di pertuan agung..itu je..Jika berlaku kekacauan...ianya bukan la datang dari anggota bersih...tetapi dari puak puak yang dengki dan takut aja...


Mengikut bancian ramai yang menyatakan sokongan,,dan perhimpunan patut di teruskan...
Bagaiman ahli perkasa? Kepada ketua nya,,,berapa ramai wakil yang nak datang ?


pikir ikut kepala otak...bukan kepala lutut..
Pikirkan..ngapa Bersih di ujud kan?
Pikirkan,,,mengapa rakyat sukarela menyertai nya....


Belumpun perhimpunan di adakan...Pengerusi SPR dah offer nak bertemu dengan wakil wakil untuk berbincang....
Tentu ada yang tak berapa kena dengan SPR dan pilihanraya sebelum ini....

Monday, June 20, 2011

perkasa yang bukan jantan..

Hebat nya depa boleh kowtim nagan polis...semalam depa minta permit,polis senang hati bagi...awal lagi depa dah buat perhimpunan,,,siap bakar2 gambar lagi...

polis kata...tak boleh buat perhimpunan tapi macam mana yang perkasa boleh?
Yang tak berapa nak setuju tu,,,napa la nak bakaq bakaq gamba...kerja orang bodoh tu..

Sengaja cari publisiti murah...

Mari menari,,,

terang terang lanya program mencari siapa yang paling hebat...macam u think u can dance le juga,,,masaalahnya,,terang terang program tersebut banyak buruk dari baik nya,,tak peernah la pula yang bijak pandai agama..yang menjaga agama duk cita pasal program tu...

Ini dok kecoh pasal katun...sampai ada yang ngata TGNA lebih teruk dari ayah pin... .Hebat mana sangat orang yang pandai bercakap dan mengata tu,,,

Aku tak la mengaji tinggi,, tapi jauh bezanya kena rogol dan zina atau sex sukarela...mana lah boleh saksi atau hukuman nya sama...Sakit hati bila yang bukan ahli agama,,,bercakap tentang agama...perosak agama sebenarnya..

Saturday, June 18, 2011

Bersih,,,,memang nak membersih kan ape yang kotor...salah ke?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan presiden Umno itu berkata Pakatan Rakyat sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan BN.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.

"Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lalu," katanya.

Menurut Muhyiddin lagi, tujuan BERSIH mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya, tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. - mkini



nota kaki :

Kalau la tak ada perhimpunan bersih 2.0 ini pun...sememangnya pakatan rakyat ingin menumbangkan bn pun

Bersih...nak mencuci yang kotor,,,selama ini pun sememangnya nampak adil dan bersih pada bn,,,tetapi berat sebelah dan kotor pada pakatan rakyat..
Memang SPR kata depa betul,depa adil..tiada penipuan, tapi itu sendiri yang cakap...pada hakikat nya tak ada sape yang nak ngaku berak tengah jalan..
Rakyat bukan sebodoh mcam yang bn sangka kan..semakin hari...semakin terbukti akan penyelewengan yang telah bn dan spr laku kan lagi mau tipu ke?
Ape yang bn takutkan sangat dengan perhimpunan tu?
Takut rakyat buka mata ke?
Pepatah orang tua pun ada sebut,,,berani kerana benar,,,
kalau bn benar... apelah nak di takut kan sekadar perhimpunan menghantar memorandum tu?
Pasai banyak buat salah la tu nak bn menggelatar kepala lutut kan?
Dulu..perhimpinan hanya di lakukan di kuala lumpur...tapi yang kali ini...di adakan serentak di sabah dan serawak...kubu kuat,,, asset terbesar pengundi bn...

Teruk la kalau macam ni....


Ketua berok ajak anak buah joint perhimpunan

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sebelum ini mencemuh penunjuk perasaan jalanan dan menganggap mereka sebagai beruk, dilaporkan juga akan turut berarak pada 9 Julai nanti hari dan tarikh di mana Gerakan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) berhimpun dan akan berarak untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Nota kaki :

Terbuka hatinya untuk menjadi beruk juga,,tu la jangan hina orang...sekarang dengan rela hati kamu sendiri menjadi seperti orang yang pernah kamu hina..
Apa dah jadi sekarang? kemana perginya darjat kamu sebagai menatu bekas  pm?
Takkan orang yang bertaraf professional,, keluaran universiti boleh menganggap perhimpunan adalah satu cara menyampaikan tuntutan secara yang berkesan...
Selain anggota bersih, terdapat juga pengikut perkasa dan tak ketinggalan sekumpulan berok beruk yang telah sedia nak berhimpun,,,
mari kita tengok,,siapa yang kena,siapa yang lari dan siapa yang hanya bercakap umpama tin kosong nanti...

Bercakap biar ada bukti....kalau tak nanti di kata orang sebagai penipu...

Rais percaya serangan godam laman web kaitan Himpunan Bersih 2.0


KUALA LUMPUR, 17 Jun — Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Rais  juga memberi jaminan bahawa serangan siber itu hanya bersifat sementara dan ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digoda.
 

Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan telah meminta Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dan lain-lain agensi kerajaan untuk bergabung tenaga agar dapat mengumpulkan bukti menerusi pengumpulan data untuk melakukan pendakwaan kelak.The Malaysian Insider

Nota kaki:

Baru nak kumpul bukti, dah buat kesimpulan bahawa ia adalah bermotif politik,dan ada kaitan dengan perhimpunan bersih...akai adake....
Setakat percaya je...ape yang dia percaya  sape pun tak tahu...percaya cakap2 orang ke atau ape entah la... 
di manakah kaitan nya penggodam itu dengan perhimpunan bersih?

Friday, June 17, 2011

Pehimpunan BERSIH 2.0...30 ribu dari Perak nak mai..angota perkasa berapa? pemuda Umno pulak berapa?

: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong penegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan bahawa akan tetap menerus perancangan bagi menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.
Ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamarudin berkata, seramai 30 ribu akan bersama-sama untuk turun di dalam himpunan tersebut dan menyeru kepada rakyat Negeri Perak yang dinafikan hak mereka memilih menteri besar yang sah supaya dapat turut bersama.
Anggota perkasa dan pemuda umno akan datang juga..tetapi setelah di bayar.duit tambang,duit makan,duit penginapan...kalau tak ada tu semua..jangan harap la.. 
 

Thursday, June 16, 2011

Polis kata...peserta Bersih akan di tahan...anggota perkasa macam mana pula?

Polis memberi amaran...akan menahan penganjur dan peserta bersih yang akan membuat perhimpunan....polis juga juga memutus kan tidak membenarkan perkasa untuk membuat perhimpunan bagi menghalang perhimpunan bersih...


Bila dua kumpulan yang berbeza ideologi mengada satu perhimpunan pada masa dan tarikh yang sama,
 di bimbangi akan menimbulkan kekecohan...

Polis memng betul dari segi undang2 yang termaktub,,,yang tak betul nya adalah perkasa,,sengaja nak sabotaj perhimpunan bersih...
Agaknya peresidan perkasa akan di kalong kan bungaan oleh pera peniaga,pemandu teksi...atas ucapan terima kasih menghalang kerugian mereka..

Stakat ini..penganjur dan peserta bersih menegaskan...mereka tidak akan berganjak dari keputusan untuk mengadakan perhimpunan,,,tetapi ketua penerangan perkasa,,,awal awal lagi dah mengaku salah dan tidak mahu mengada kan perhimpunan tersebut...

kenapa kerajaan takut akan perhimpunan yang aman ini?
takut ramai yang akan tahu akan kebenaran yang mengatakan pilihanraya  yang telah di adakan  sebelum ini..adalah pilihanraya yang kotor..banyak penyelewengan?

Telah terbukti...perhimpunan bersih sebelum ini,,bukanlah perhimpunan untuk merusuh atau membuat kacau..perhimpunan yang sekadar menyuarakan kan ketidak puasan hati di atas cara pilihan raya  yang di jalan kan...

Itu pun susah nak faham ke..

Wednesday, June 15, 2011

Woyoo...1.8 juta belanja nya? Awat la yang bongok sangat ni...

Alahai...awat banyak nya keluar belanja kalau sekadar nak buat fb tu?
Anak aku yang baru tingkatan dua pun pandai nak buat,,,Siapalah yang bongok ,,,pekerja? pegawai pagawai atau menterinya?
1,8 juta tu masuk ke lain kot?
Salah satu bukti pembaziran..bukti penyalahgunaan duit kerajaan,,,dan bukti kebongokan satu jabatan...

Perkasa di naik taraf polis pencegah rusuhan.

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai “mengacau”.


Sengaja nak mencari  publisiti murah la tu...Mengacau  yang macam mana di maksud oleh perkasa tu...tak faham la...
Sejak bila pulak perkasa di beri kuasa untuk menghalang perarakan bersih ni...

Ketuanya, Ibrahim Ali berkata PERKASA akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”. - mkini

Nak bukti ka pada siapa sebenar nya ni? pada kerajaan malaysia? pada pe em... yang konon nya perkasa 
ni hebat?
Semua rakyat dah tau..perkasa nakmengampu, nak membodek..kalau kalau pilihan raya kali ini..ada tempt untuk ketuanya masuk bertanding...
Tak ke gitu?

Saturday, June 11, 2011

Makcik...ni bukan pasal dengki...

hahrizat: Tiada majlis perkahwinan anak PM di Kazakhstan

10/06/2011 8:45pm

KUALA LUMPUR 10 Jun — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan antara menteri pengiring dalam lawatan rasmi Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kazakhstan, hari ini mengesahkan bahawa tiada majlis perkahwinan anak Perdana Menteri berlangsung di negara tersebut.
"Mungkin pihak pembangkang berasa amat cemburu dan dengki atas kejayaan lawatan Perdana Menteri dan isteri sebab itu mereka menyebarkan fitnah yang dahsyat ini,” katanya. — Bernama

Awat la makcik ni tak boleh nak pikiaq...tak ada sape nak dengki atas kejayaan lawatan tu...masaalah nya...pergi kesana tu mengunakan duit rakyat.. salah ke rakyat bertanya?

Selama ni pun dah beratus kali malah beribu lawatan menteri menteri keluar negara,konon nya semua berjaya...nak tanya juga..ape yang berjaya tu?

Berjaya ngabih kan duit rakyat tu adalah,,rakyat masih macam tu juga...

Berikan satu alasan yang kukuh apa yang rakyat dapat dengan berjaya nya lawatan makcik juga menteri2 yang lain?
Ape yang makcik bawa untuk pembangunan wanita keluarga dan masyakat?

Dah tentu tentu anaknya dak kawin orang sana secara kebetulan ke lawatan tu kesana..atau sebenarnya memang ada kena ngena dengan urusan perkahwinan?
Agak agak makcik...siapa yang nak percaya alasan makcik tu?

Pengedar Video porno melalui pos tak kena ape2 ke?

Pemandu bas tayang VCD lucah dijel 3 tahun

10/06/2011 8:28pm

MELAKA 10 Jun - Seorang pemandu bas dihukum penjara maksimum tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan cakera padat video (VCD) lucah kepada seorang penumpang wanita warga Indonesia di dalam bas yang dipandunya Isnin lalu.
P. Kanapathy, 38, turut berhadapan dengan tuduhan cuba merogol wanita tersebut tetapi bagi pertuduhan kedua ini, dia mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zaharah Hussain.
Bagi tuduhan menayang VCD lucah, lelaki itu didakwa telah menunjukkan secara awam VCD lucah bagi maksud menawar atau mencuba melakukan sesuatu perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap seorang wanita.

Macam mana ni..pengedaran video sex yang konon nya mirip ketua pembangkang masih berleluasa..bukan sekadar di pasar pasar malam, malah telah di poskan kerumah rumah..
Pelik juga kan?

Kami memang sedari bahawa video itu sedang diedarkan di negeri ini dan mengklasifikasikan kes itu mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan barangan lucah,” katan.Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah

Trio datuk yang menayang kan video tersebut kebal ke sampai polis tak boleh mendakwa ke depa tu?
Pasal pe pemandu bas tu boleh di dakwa. tetapi datuk2 tu tidak?

Prisiden pemikir kata Pas semakin terpesong..Tolong la jawab...

Pas semakin terpesong

KUALA LUMPUR 9 Jun – Orang Melayu diminta agar tidak lagi menyokong Pas kerana perjuangan parti itu semakin terpesong dan mengetepikan Islam.
Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, Pas kini bukan sahaja bersekongkol dengan DAP malah tunduk kepada ideologi parti itu.
Menurut beliau, Pas sanggup diperkudakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh semata-mata demi menjayakan agenda politik masing-masing.
“Nyata sekali Pas kini tidak lagi memperjuangkan Islam kerana bersekongkol dengan DAP yang lebih cerdik daripada mereka. Dahulu Karpal pernah kata langkah mayat dia dahulu kalau Pas mahu menubuhkan negara Islam. Sekarang belum apa-apa, Pas mahu jadi negara berkebajikan pula.
“Di mana keikhlasan perjuangan Islam mereka? Saya menyeru orang Melayu jangan lagi menyokong Pas kerana mereka tidak lagi memperjuangkan Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kamaruddin berkata, perjuangan terbaru Pas iaitu menumpukan kepada negara berkebajikan membuktikan parti itu sanggup mengetepikan perkara yang bertentangan dengan prinsip mereka hanya kerana mahu memerintah negara sedangkan UMNO sejak lebih 50 tahun lalu telah melaksanakan projek-projek kebajikan bagi membantu rakyat.
“Mereka ini suka putar-belit. Dahulu mereka kata macam-macam kepada Melayu dan UMNO termasuk kafirkan ahli-ahli parti itu. Sekarang mereka jilat balik kata-kata itu. Mereka bersekongkol dengan DAP. Orang Islam patut bercakap benar, ikhlas dan jujur.
“Ini bukan perjuangan sebenar Islam. Tukar sahaja nama kepada Parti Amal Jariah Se-Malaysia kalau nak jaga sangat soal-soal kebajikan yang memang sudah lama kerajaan amalkan,” katanya.

Monday, June 6, 2011

Kambing hitam ke, kambing putih ke...ianya spesis haiwan juga,,,halal haram semua dia bedal...

Kami bukan kambing hitam ,tapi kambing putih....kami kambing yang baik,,,makanan kambing putih semanya baik2 belaka,,makanan import...
itu adalah kata2 timbalan presiden  persatuan kambing kambing se malaysia....
Boleh percaya ke yang spesis kambing putih tu baik2 belaka?
entah la,,,,,

TV2+1...semua ada....

Bukan sekadar ceramah agama untuk peringatan buat masyarakat islam, kartun untuk kanak2..irama muzik untuk peminat muzik...sekarang ini, terutama pada malam jumaat,,ada slot untuk cerita seram,cerita hantu,cerita tahyol untuk hiburan sambil menggugat kepercayaan kepada allah..
Dan sejak mac lepas, ia telah menjadi salran tv porno pula..di siarkan pada waktu2 puncak didalam berita jam 8 malam ..hebat tu..
Telah dihapuskan ke garis panduan untuk penyiaran sesuai untuk tontonan lapisan masyarakat?
Kanak kanat tadika pun telah di sajikan akan gambar video lucah...
hebat kan....

Sunday, June 5, 2011

Mengapa? lebih takut hukuman manusia dari hukuman Allah?

pertama tamanya kenapa manusia takut akan hukuman dari manusia dalah kerana manusia itu nampak., dapat rasa akan hukuman tersebut...itu sebab mereka takut...
hukuman dari allah pula hanya akan dapat di rasa bila dah mati kelak..
itu sebab manusia takut melanggar undang2 manusia dari melanggar undang2 allah..
Sebab yang lain adalah tahap kepercayaan nya kepada allah...

Friday, June 3, 2011

September menabur benih, jun menuai hasil

Setaip hari, sepanjang jun ini, telah di lapurkan didada akhbar, bayi dicampak dari bangunan,bayi di letak didalam loker, di buang di tempat sampah.di campak di dalam sungai,,,macam macam lagi la..
Bagaimana semua ini boleh terjadi?
31 ogos hari merdeka, semua orang berciti,malamnya ada pesta, dan anak muda juga ramai yang tak balik kerumah,,,
pesta minum minuman keras, pesta tarian di disko2,,tan yang paling menyedihkan..pesta sex anak remaja..
hasil pesta sex itu..negara sekarang sedang menuai hasil anak haram.
siapa yang bersalah diadalam hal ini?