Saturday, June 18, 2011

Bersih,,,,memang nak membersih kan ape yang kotor...salah ke?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan presiden Umno itu berkata Pakatan Rakyat sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan BN.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.

"Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lalu," katanya.

Menurut Muhyiddin lagi, tujuan BERSIH mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya, tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. - mkini



nota kaki :

Kalau la tak ada perhimpunan bersih 2.0 ini pun...sememangnya pakatan rakyat ingin menumbangkan bn pun

Bersih...nak mencuci yang kotor,,,selama ini pun sememangnya nampak adil dan bersih pada bn,,,tetapi berat sebelah dan kotor pada pakatan rakyat..
Memang SPR kata depa betul,depa adil..tiada penipuan, tapi itu sendiri yang cakap...pada hakikat nya tak ada sape yang nak ngaku berak tengah jalan..
Rakyat bukan sebodoh mcam yang bn sangka kan..semakin hari...semakin terbukti akan penyelewengan yang telah bn dan spr laku kan lagi mau tipu ke?
Ape yang bn takutkan sangat dengan perhimpunan tu?
Takut rakyat buka mata ke?
Pepatah orang tua pun ada sebut,,,berani kerana benar,,,
kalau bn benar... apelah nak di takut kan sekadar perhimpunan menghantar memorandum tu?
Pasai banyak buat salah la tu nak bn menggelatar kepala lutut kan?
Dulu..perhimpinan hanya di lakukan di kuala lumpur...tapi yang kali ini...di adakan serentak di sabah dan serawak...kubu kuat,,, asset terbesar pengundi bn...

Teruk la kalau macam ni....


No comments: