KUALA LUMPUR 23 JUN : Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.
Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi). ...
Nota kaki :
Macam mana ni...perkasa tak cuba hubungi ke anggota2 nya yang berada di luar negara untuk membantah perarakan tu?
Nanti kita tengok sama sama. macam manakah sambutan juga peranan polis di mana anggota bersih di jangka mengadakan perhimpunan tersebut...
matemetik cara mudah...antara 10 rakyat malaysia..hanya 2 sahaja yang mengatakan pilihan raya di malaysia adalah yang paling adil...8 yang lain pilihanraya di Malaysia adalah antara banyak penipuan...
Alo....kat Negara India... terdapat ratus juta rakyat nya...Pilihan raya yang di jalankan lebih baik dari yang di lakukan di Negara kita ini...
Untuk mengelakkan penipuan atau mengundi lebih dari sekali..dakwat telah digunakan.
Kenapa ia tak boleh di laksanakan di Malyasia?
Kerana ramai nya ulamak duit yang membuat fatwa,,,tidak sah solat jika dakwat itu di gunakan...kerana ia kalis air...
Alasan semata mata.. Ini adalah antara agenda perhimpunan bersih di adakan...
Macam ni punya senag pun ada lagi gerombolan yang tak faham dan sengaja buat buat tak faham...
Punya jahat niat untuk membodoh2 kan rakyat hanya kerana ingin kan kuasa,,,segala nya mereka sanggup lakukan....
Perhimpunan anggota bersih di luar negara di jangka akan menambah kan sengsaranya SPR dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang...Begitulah juga pihak pihak yang mengambil kesempatan bersubahat dengan pihak SPR ... pilihan raya kali ini...semua rakyat akan buka mata....
Sakit la mereka kali ini...
No comments:
Post a Comment