Rais percaya serangan godam laman web kaitan Himpunan Bersih 2.0
KUALA LUMPUR, 17 Jun — Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.
“Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan telah meminta Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dan lain-lain agensi kerajaan untuk bergabung tenaga agar dapat mengumpulkan bukti menerusi pengumpulan data untuk melakukan pendakwaan kelak.The Malaysian Insider
Nota kaki:
Baru nak kumpul bukti, dah buat kesimpulan bahawa ia adalah bermotif politik,dan ada kaitan dengan perhimpunan bersih...akai adake....
Setakat percaya je...ape yang dia percaya sape pun tak tahu...percaya cakap2 orang ke atau ape entah la...
di manakah kaitan nya penggodam itu dengan perhimpunan bersih?
No comments:
Post a Comment