Dari laman Rakyat Marhaen, ini la pegawai spr yg memaki hamun perugas pr...ayat paling power kepada petugas pr 'GO TO HELL'PEGAWAI SPR YG TERSANGGGAT PROFESSIONAL
Buat SPR , sekalung tahniah kerana dapat melahir kan se org lagi manusia tak ada adap.
Seperti mana yg telah di ketahui ramai, spr yg mengendali kan prk ini tidak lebih hanya balaci , sohcai kepada tuan2 besar mereka yg berada kat putra jaya, Berapa bnyak undung2 baru, arahan arahan baru yg putra jaya keluarkan tanpa di ketahui oleh pencacai di penanti, antara nya :
a) arahan meruntuh kan khemah berukuran 20' x 20' , sedangkan persetujuan telah dibuat sbelum prk.
b) hanya khemah berukuran 8' x 8' sahaja yg di benaR kan
c) kebenaran membawa pengundi dengan kereta tanpa perlukan pelekat rasmi spr, persetujuan telah di ambil sebelum prk. kereta tanpa pelakat spr tidak boleh di gunakan untuk membawa pengundi.
d) memberi kebenaran kepada parti yg tidak bertanding mengadakan ceramah di dalam kawasan pilihan raya
e) memberi kebenaran parti yang tak bertanding memasang banner,juga menaik kan bendera parti.
Nak senaraikan satu persatu?
tak larat nk tulis, cukup banyak...
cukup setakat ini , slamat berkenalan pegawai spr yg merasa kan dirinya hebat.

















Pernahkah anda mendengar perkataan Goji?
Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya.
Tetapi, tengahari tadi, segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu.
Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas.
------------------------------------------------------
Inilah yang berlaku ketika saya menerima maklumat mengenai serbuan ini.
Terbang RM15 untuk tiga paket semata-mata untuk ambik hati.
Sebenarnya, saya akan merasa amat bersalah jika perkara ini tidak saya dedahkan di sini, dan sia-sialah peranan yang telah diamanahkan kepada saya selama ini.
Saya telah mengkuti kira-kira 30 serbuan Bahagian Farmasi Kementerian kesihatan sejak 5 tahun lalu.
Macam-macam penemuan yang tidak dijangka, memeranjatkan, malah tidak terfikir oleh akal fikiran ini.
Saya adalah wartawan yang samasekali tidak akan memutar belitkan apa jua situasi dan berpandukan fakta dan apa yang berlaku.
Bagi yang tidak memahami tugas pihak lain, ingin saya anda mengetahui, sesuatu serbuan hanya akan dilakukan setelah mendapat bukti yang mencukupi supaya sebarang cabaran di mahkamah akan dapat ditepis dan dikemukakan bukti jelas, nyata dan terang.
Kementerian Kesihatan akan melakukan beberapa siri ujikaji di makmal.
Bukan sekali dan bukan satu dua sampel, tetapi banyak kali dan membabitkan banyak sampel dan setelah terbukti, ianya melakukan kesalahan, maka tindakan akan dilakukan iaitu serbuan.
Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram.
Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu.
Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih.
Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses.
Penggunaan mencampurkannya di dalam bahan makanan adalah dilarang kerana risiko dan kesan sampingan akibat dari memakannya.
Pemeriksaan keseluruhan di kedua-dua kilang menemui :
-10 buah tong plastik seberat kira-kira 25 kilogram setiap satu penuh berisi serbuk ‘Goji’ yang belum dibungkus.
Keseluruhan rampasan, bernilai dianggarkan kira-kira setengah juta ringgit.