Friday, May 8, 2009

GOJI...siape yg dah jadi ahli,yg dah minum? baca lah,,,hehehe

ondscene.my

Untuk paparan lebih menarik dan mesra pelawat, anda boleh melawat blog baru http://ondscene.my/ yang masih dalam proses pembinaan dan ujian.


14 April 2009

GOJI?


Sg Chua
Kajang ,
Selangor
14 April, 2009 Pernahkah anda mendengar perkataan Goji?
Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya.

Semuanya atas dasar, makanan kesihatan. Tetapi, tengahari tadi, segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu.
Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas. ------------------------------------------------------
Kebenaran itu biasanya amat berat untuk diterima atau ditelan lebih-lebih lagi setelah kepercayaan diletakkan akan sesuatu perkara/hal.
Inilah yang berlaku ketika saya menerima maklumat mengenai serbuan ini.
Goji?
Kira-kira 6 bulan lalu, saya pernah dipaksa untuk membeli produk yang didakwa produk kesihatan ini oleh seorang rakan.
Terbang RM15 untuk tiga paket semata-mata untuk ambik hati.

Dan sehingga sekarang, ketiga-tiga paket itu masih ada dalam simpanan saya tanpa langsung ada keinginan dari saya untuk mencuba..
Sebenarnya, saya akan merasa amat bersalah jika perkara ini tidak saya dedahkan di sini, dan sia-sialah peranan yang telah diamanahkan kepada saya selama ini.
Saya telah mengkuti kira-kira 30 serbuan Bahagian Farmasi Kementerian kesihatan sejak 5 tahun lalu. Macam-macam penemuan yang tidak dijangka, memeranjatkan, malah tidak terfikir oleh akal fikiran ini.

Dan berani saya katakan, kes sebelum ini, semuanya bermotifkan keuntungan atas angin dan tamak serta penipuan yang amat terancang serta sistematik.
Saya adalah wartawan yang samasekali tidak akan memutar belitkan apa jua situasi dan berpandukan fakta dan apa yang berlaku.
Bagi yang tidak memahami tugas pihak lain, ingin saya anda mengetahui, sesuatu serbuan hanya akan dilakukan setelah mendapat bukti yang mencukupi supaya sebarang cabaran di mahkamah akan dapat ditepis dan dikemukakan bukti jelas, nyata dan terang.
Kementerian Kesihatan akan melakukan beberapa siri ujikaji di makmal.
Bukan sekali dan bukan satu dua sampel, tetapi banyak kali dan membabitkan banyak sampel dan setelah terbukti, ianya melakukan kesalahan, maka tindakan akan dilakukan iaitu serbuan.
Dalam kes ini, hasil ujikaji makmal mendapati, ‘Goji’ yang diproses, mengandungi ‘sildenafil’ , bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin, Viagra.
Saya boleh memilih untuk tidak pergi dalam serbuan ini dan mendiamkan diri, kerana saya merupakan satu-satunya wartawan membuat liputan serbuan ini.

Dan serbuan akan hanya tinggal serbuan tanpa pendedahan kerana anggota penguatkuasa bukan wartawan dan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan.

Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan pengilang, pengedar barangan ini.
Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram.

Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk makanan.

Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota.

Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama dan untuk syarikat yang sama.

Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang haram , tidak berlesen..

Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam ‘makmal’ sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut.
Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu.

Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot ada pada ‘bos’.

Hasil pemeriksaan di kilang utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan (sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar kepada pengedar utama di Kuchai Lama.
Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih.

Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang.

Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi ‘Goji’, dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan mesin.
Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses.

Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut.

Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan tertahan.

‘Sildenafil’ hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan perskripsi doktor dan dengan dos tertentu.
Penggunaan mencampurkannya di dalam bahan makanan adalah dilarang kerana risiko dan kesan sampingan akibat dari memakannya.
Pemeriksaan keseluruhan di kedua-dua kilang menemui :

- kira-kira 60 ribu paket ;Goji’ yang telah siap dibungkus.
-10 buah tong plastik seberat kira-kira 25 kilogram setiap satu penuh berisi serbuk ‘Goji’ yang belum dibungkus.

-Berpuluh ribu label bungkusan dan kotak kosong mempunyai label ‘Goji’ terbabit.

- Beberapa mesin memproses dan membungkus ‘Goji’.

Dan, ‘Goji’ yang dirampas, adalah sama seperti ‘Goji’ yang dipaksa beli dari rakan tempohari.

Di masa yang sama, serbuan di pusat pengedaran di Kuchai Lama, turut merampas kira-kira 30 ribu paket ‘Goji’ yang telah siap dibungkus.
Keseluruhan rampasan, bernilai dianggarkan kira-kira setengah juta ringgit.

Hasil pemerhatian mendapati, bungkusan ‘Goji’ terbabit tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan dari negara ini, tetapi dipercayai oleh pihak lain di luar Malaysia.

Manakala sebagai barangan kesihatan, tiada nombor kelulusan KKLIUM pada bungkusan.

Dan pemerhatian juga mendapati, 'Goji' terbabit sebenarnya diproses dan dibungkus di kilang ini dan bukannya diproses di luar negara.

No comments: