Wednesday, May 6, 2009

Mana p nya jabatan kebajikan masyarakat,,YB.jkkk.ketua umno.Ketua pkr,ketua kg,baitul mal

Kenal kah kamu akan warga emas ini, bagi penduduk telok air tawar tentu biasa melihat warga emas ini mengayuh basikal yg hapir sama umor ngan nya.petang petang pasti terlihat warga emas ini,yang dikenali sebagai Pak Mat Tarzan mengayuh basikal menuju ke kedai makan mencari sesuap nasi.
Tahu kah anda,umur nya hampir 70 tahun, dilahirkan dan dibesarkan di Kg Padang Benggali,Telok Air Tawar,berkelana se orang diri hampir 20 tahun,tanpa sanak saudara.
Sangat-sangat menghairan kan.seorang tua yg boleh di kategori kan fakir miskin/dhaif ini,tak pernah mendapat sebarang bantuan, bekerja la warga emas ini memanjat pokok kelapa,memanjat pokok nipah untuk memotong daun muda untuk di buat daun rokok,menjadi jaga,menyapu sampah, Semua nya dilakukan itu mencari sedikit wang buat belanja.
Kemana perginya JKKK Padang benggali,Ketua UMNO mahu pun YB Telok Air Tawar ini,,Bukan kan warga emas ini anak jati Telok Air Tawar?

berikut adalah nama.umur,juga alamat warga emas ini....

Muhamad bin Kassim
22 Nov 1939 (69 Tahun)
No 1031 Kg Titi Mukim.Permatang Berah.13050.Telok Air Tawar,Butterworth,PP.

Beliau tidak pernah mendapat sebarang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masayarakat.Jabatan Agama Islam PP.atau pun bantuan zakat fitrah bagi fakir miskin.

Kepada yang mempunyai kuasa,harta, bantu lah warga emas ini.

No comments: