ni adalah pendapat peribadi dari Pendikar Gunung Kriang dari blog beliau. Menggantung Pegawai Kerajaan Perak Sangat Tidak Bijak! Saya terpegun seketika apabila membaca berita ini yang dipetik dalam banyak blog pro-PR:
"Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim. Sehubungan dengan itu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad dilantik untuk memangku tugas Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa serta merta.
Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.
Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah."
Saya tahu blog nyamuk saya ini terlalu kecil dan tidak dibaca oleh ramai orang. Pelawat yang mengunjungi pun tak ramai, jarang sangat dapat lebih 1,000 pelawat sehari. Tapi walaupun tak ramai yang membaca, untuk kepuasan diri sendiri saya hendak beri komen ini:
Saya SANGAT TIDAK SETUJU dua orang pegawai kanan negeri Perak (SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri) digantung tugas. Mengapa saya tak bersetuju?
Selanjutnya klik Pendikar Gunung.
Isa: Sepatutnya... Kerajaan Pakatan Rakyat telah lama membuang parasit/virus positif umno karat ini. Merekalah yang terlebih dahulu sepatutnya dinyahkan dari SUK seawal mengambil alih kerajaan selepas PRU-12. Ini terbukti kerana tahap kesetiaan mereka bukannya kepada Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, tetapi kesetiaan mereka lebih kepada parti yang memerintah.
Ini adalah kerana mereka tidak tahu untuk membezakan kesetian berkhidmat untuk kerajaan atau kesetiaan berkhidmat kepada parti, dua konsep yang berbeza. Akibat menyimpan mereka inilah, huru hara negeri perak dibuatnya.
Jadi keputusan yang dibuat adalah lebih kepada segi keselamatan, bukannya dendam, apatah lagi setelah mengetahui peranan mereka dalam menumbangkan kerajaan perak yang sah. Cari dan korek lagi muka-muka pengkhianat dalam SUK yang terlibat dengan rampasan kuasa, termasuklah Pak Guard sekali.... ha...ha..ha... Selamat berjuang....
Dan aku masih tertunggu-tunggu satu lagi nama "kah...kah...kah... gAntong sampai mati.... puaka seperti lu... itu saja jawapannya.. atau dilontarkan... mana nak ku lontarkan... puaka durjana ini... pandai-pandai korang la... na lontar kemana pun semua puaka-puaka tu..."
No comments:
Post a Comment