Monday, May 25, 2009

Shafie yg Sengal,siapa pembangkang kat Kedah tu?

BALING 24 Mei - Formula turun ke padang untuk mendekati rakyat yang digariskan oleh UMNO bagi menawan kembali hati rakyat negeri ini berbeza dengan cara turun ke padang yang diamalkan oleh para pembangkang.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apabila pemimpin pembangkang turun ke padang untuk bertemu rakyat, mereka hanya tahu bercakap dan menabur janji semata-mata.

"Lain halnya dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) apabila mereka turun ke padang untuk bertemu rakyat.

"Kami datang bertemu rakyat untuk memberi peruntukan, bagi rumah dan kemajuan dan tidak pernah kami datang hanya untuk bersalam kosong," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis ramah mesra UMNO Bahagian Baling dan perasmian serentak Mesyuarat Agung UMNO cawangan itu di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini. (LAGI)

Awat la orang umno kedah tak kasi tau pak menteri ni,,DATO,KAT KEDAH NI,UBN YG JADI PEMBANGKANG,AWAT LA DATO NI SENGAL SANGAT...

Macam mana lah leh jadi pengerusi perhubungan ni,,menda senang pu tak tau, Datok, umno kedah tak suka ngan datuk, jadi paham2 aje la..

Media yg melapurkan nya pun 3x sengal,hahahaha

No comments: