Wednesday, August 17, 2011

Fuh...cekap nya depa...ada orang dalam ke?


Blogger siar petikan Laporan Ops Akidah di Gereja oleh JAIS

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Sebahagian daripada laporan penuh dipercayai dipetik daripada laporan Ops Akidah di Gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didedahkan oleh beberapa laman blog hari ini.
Laporan itu pertama kali dimuat naik oleh blog The Unspinners dihttp://theunspinners.blogspot.com/ menerusi entri bertajuk "Tak yah tunda Khalid, ini dia... Laporan Ops Akidah di Gereja (Bhg 1)" sebelum dipaut oleh beberapa blog lain.
Menerusi pendedahan terbaru itu, blog tersebut memuatkan tiga bahagian daripada keseluruhan laporan Ops Akidah di Gereja iaitu bahagian Pendahuluan, Latar Belakang dan Pelaksanaan Operasi.
Sebahagian daripada laporan yang didedahkan itu adalah sama seperti yang pernah dipaparkan oleh blog tersebut sebelum ini iaitu mengenai operasi terperinci pemeriksaan sekumpulan pegawai JAIS dan polis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.
Selain turut memuatkan risalah tentatif program dan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta di gereja berkenaan, blog itu kali ini juga menyenaraikan kesemua nama 12 peserta beragama Islam serta gambar empat daripada mereka.
Menurut blog itu, pendedahan tersebut dibuat memandangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga kini hanya memberitahu laporan lengkap mengenai operasi itu sedang disiapkan oleh JAIS.
Sedangkan blog itu sebelum ini pernah mendakwa laporan berkenaan sudah pun siap pada 4 Ogos lalu namun kerajaan negeri sengaja menangguhkan pendedahannya kepada umum.
"Kami menjangkakan kerajaan negeri dan Pas akan "play down" perkara murtad dalam laporan JAIS disebabkan ia akan menjerat (Abdul) Khalid supaya melakukan tindakan undang-undang," katanya.
Beberapa lagi laporan Ops Akidah di Gereja itu dijangka didedahkan blog berkenaan dalam masa terdekat apabila entri blog tersebut bersambung di bahagian keempat iaitu 'Elemen yang menimbulkan syak'.


Betul ke lapuran Jais telah di keluarkan? Tak ada pun jurucakap Jais yang mengatakan telah siap dan telah di hantar?
Klau siap pun ngapa di hantar kepada blogger2 pulak....eeea...ada orang dalam ek?

No comments: