Friday, August 14, 2009

Apa beza ,UMNO dengan Salman Rushdie, pelukis karikatur Nabi?

Ape beza nya?

KUALA LUMPUR 13 Ogos - "Apa bezanya DAP dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W sehingga ahli parti tersebut dibenarkan menghina agama Islam?"

Demikian soal bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang berang dengan sikap 'semua boleh' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk dalam aspek menghina kesucian Islam oleh penganut agama lain.

'Karikatur Nabi Muhammad pula menyebabkan seluruh umat Islam bangkit menentang termasuk ahli Pas. Mereka juga bukan Islam dan tidak mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Islam," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu di Melaka, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar berkata, Pas sebagai parti yang memperjuangkan syiar Islam di negara ini sepatutnya lebih ke hadapan dalam memerangi pihak yang menghina Islam.

Isa samad tak nak tanya ape beza nya, atau persamaan UMNO dengan salman Rusdi?

Lebih kurang je sbnar nya... mai kita tengok...

Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

Siapa Tun DR Mahathir Mohamad ni....Isa samad,Noh Omar atau Sharizat tak kenal ke?

OOO.. Datuk datuk semua baru datang kat Malaysia ni ye... tak kenal la bekas PM ni...Orang No 1 umno ni...

kan ke lebih kurang je UMNO ngan salman tu...betul ke tak?

Betul betul....



No comments: