KUALA LUMPUR 10 Ogos - Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang kerana perjuangannya lebih mulia dan bermaruah jika berada di luar pakatan itu.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, ini kerana setiap kali Pas ingin menegakkan syariat dan kemuliaan Islam mereka tidak henti-henti disekat malahan secara terbuka dan lantang dihina oleh rakan mereka sendiri iaitu DAP.
''Ramai umat Melayu dan Islam terhiris perasaan akibat tindak-tanduk dan kebiadapan pemimpin DAP.
Masa halang hukum Hudud di Kelantan tu,,,bukan main lagi UMNO mendabik dada, menghina hina hukum Allah,kenapa ye?
Ketua penerangan kena baca sejarah penghinaan UMNO juga,
Antara ucapan Mahathir ketika PAS ingin mejalankan Hukum Hudud..
Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
Umno lagi jahat dari yang jahat, Mengaku Islam, tp tak mau menegak kan Islam...boleh jalan la ucapan, saranan KPU Reezal Marican Naina.........
No comments:
Post a Comment