Monday, August 3, 2009

Kenyataan paling lawak ogos ini- Sumber pelawak dari Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris)

Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun berkata, demonstrasi penunjuk perasaan anti-ISA tidak mengikut arahan polis dan telah menyebabkan kesusahan kepada orang awam dan peniaga.

"Kita tidak. Kita patuh pada polis. Polis suruh bersurai, kita bersurai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


Beliau diminta mengulas rancangannya membawa isu demonstrasi besar Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Sabtu lepas kepada pihak Suhakam pada jam 3 petang ini.

Ditanya kenapa perkara itu diadukan kepada Suhakam, Rahimuddin berkata: "Tindakan GMI telah menggangu hak asasi orang awam".

Bagus betul kan pewaris ni, cukup patuh pada arahan polis. patuh pasal pe ye?
pasal takuuuuuuuuuuuuuuut kot.

Ikut suka kau la labu..

No comments: