Monday, August 3, 2009

Penyokong ISA - ibarat tong kosong, bunyi je kuat, tp tak ada isi. Mana p kejantanan anda.

Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) sama sekali tidak menyerahkan memorandum mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Istana Negara sebagaimana didakwa oleh kumpulan pro-ISA kelmarin, kata polis semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menjelaskan penasihat undang-undang Magaran, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz telah ditahan polis kira-kira 7 petang kelmarin ketika mendekati kawasan Istana Negara.

Sehubungan itu tegas beliau, tahap kawalan keselamatan di kawasan Istana Negara juga tidak pernah dicerobohi.

"Memorandum kumpulan pro-ISA tidak pernah diserahkan (kepada Istana Negara), wakil Istana Negara juga tidak hadir untuk menerima memorandum," katanya.Kelmarin kumpulan pro-ISA berkata pihaknya bangga kerana berjaya menyerahkan memorandum kepada Istana Negara melalui pintu masuk belakang.

Bangga kerana dapat serah memo ikut pintu belakang...eee malu nya aku, Ini ke yang mengaku nak membela agama, bangsa dan negara?

Arkkk ptuihh-... boleh jalan da,,


No comments: