Saturday, August 1, 2009

Apa sudah jadi ?70.000 dah tinggal 70 je...Pergi jahanam dengan GMI...kami tak takut dengan mereka,,,,apa nak jadi...jadilah.



Pergi jahanam dengan GMI...kami tak takut dengan mereka. Mereka nak berhimpun, kami pun akan berhimpun, kami juga ada hak untuk berhimpun, apa nak jadi...jadilah
." -begitulah kata-kata Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang tertekan kerana GMI sudah bertekad untuk teruskan Himpunan.

Selepas Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang diketuai Ibrahim Ali menarik diri dari menyertai Himpunan Pro-ISA anjuran Pewaris dan Magaran, kini giliran Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia pula.

Mahagurunya, Omardin Mauju meminta anak-anak buahnya yang 'ramai' itu menarik diri dari menyertai Himpunan Pro-ISA selepas Polis mengeluarkan amaran pertama semalam.

Sebelum ini mereka juga seperti Ibrahim Ali, bermatian-matian mencabar GMI untuk batalkan Himpunan. Kononnya, walau apa jua yang terjadi, mereka nak turun berhimpun juga kalau GMI teruskan hasrat berhimpun.

Kini, Penyokong Pro-ISA semakin berkurangan. Malam ini satu lagi kumpulan Pro-ISA, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) akan berbincang. Keputusan sama ada mereka akan bersama Pewaris dan Magaran akan ditentukan malam ini.

Apa sudah jadi ni labu?

Katanya Ibrahim Ali yang mengetuai Pergerakan Pro Isa, belum ape2 dah tarik diri ni, nape pulak?

kalau tak udang di sebalik mee, mesti ada katak di sebalik daun..


No comments: