Thursday, August 27, 2009

Faktor kekalahan/ faktor kemenangan pas

Faktor-Faktor Kekalahan PAS Di Permatang Pasir :

1.Calon PAS Ustaz Salleh Man telah 6 kali bertanding dalam pilihan raya. Beliau umpama barangan 'recycle'.

a. Calun umno adalah peguam yang di lucutkan hak sebagai peguam. barangan luput

2. Salleh Man mempunyai watak seorang yang tamak dan gila kuasa atau masuk bakul dan angkat sendiri.

b. Rohaizat pun ape kurang nya, dalam media utusan,berita hairan, terpangpang,,,peguam lawan peniaga, bukan masuk bakul angkat sendiri?

3. Salleh Man bukan anak tempatan Permatang Pasir berbanding dengan calon BN yang sememangnya diakui anak tempatan. Penduduk Permatang Pasir mahukan wakil rakyat daripada anak tempatan.

c. Anak tempatanpun pecah amanah, nak buat pe

4. Kenyataan Nik Aziz, penyokong UMNO tidak dapat masuk syurga telah mengecewakan pengundi Permatang Pasir kerana kedapatan ayah, ibu, adik, abang, kakak dan saudara mara orang PAS yang menyokong UMNO.

d. Kenyataan Muhyiden Yasin kata Anuar pengkhianat melayu juga telah mengecewakan pengundi permatang pasir.

5. Salleh Man adalah pilihan dari pimpinan atas tetapi bukan pilihan dari bawah iaitu penduduk Permatang Pasir sendiri.

e. Rohaizat sendiri adalah pilihan zahid hamidi,,, bukan nya pilihan penduduk permatang pasir.

6. Kecaman dan fitnah terhadap calon BN, Rohaizat telah menimbulkan rasa simpati pengundi kepada Rohaizat.

f. Rasuah barangan,pakaian,duit juga telah meninbulkan kebencian kepada bn.rasuah yang terang terangan.

7. Penduduk Permatang Pasir juga simpati kepada keluarga Rohaizat yang malu di atas kebiadaban PAS memburukkan calon BN.

g, Calun bn memang buruk perangai, pecah amanah. berbini dua tapi bini di tinggalkan, elok ke pengai macam tu?

8. Penduduk mahu lihat BN membuktikan janji untuk menjadikan Permatang Pasir sebagai 'Anak Emas'.

h. Anak emas ape nya,, bukan penduduk yang dapat,, YB ubn lah yang dapat, dah banyak contoh yang ada, baru setahun jd YB, harta ngalah kan tokey kedai emas, sape yang jadi anak emas?

9. Calon PAS, Salleh Man tidak menjanjikan apa-apa pembangunan di Permatang Pasir sebaliknya hanya mahu menjadi Yang Behormat sahaja.

i. Calun umno pun sama, takat boleh berjanji je la,,ape yang dia boleh buat?

10. Ceramah-ceramah pembangkang tidak mendapat sambutan kerana rakyat sudah bosan dengan ceramah sindir dan maki hamun.

j. Ceramah bn la yang tak mendapat sambutan, kerana ceramah hanya berkisar membela melayu, ape yang di bela? bahasa? tanah? raja2?
ceramah yang tak memberi sebarang makna,

11. Mahfuz selaku pengarah pilihanraya kecil permatang pasir begitu agresif menghentam peribadi calon BN mulai hari penamaan calon lagi menyebabkan orang menyampah kepada PAS.

k. Majlis peguam telah mengeluarkan surat, yang membuktikan calun bn didapati bersalah, harus kah kesalahan itu di tutup, bukan kesalahan lalu lintas, ini kesalahan pecah amanah 164 ribu, bukan nya sikit,, harus perkara ini di diam kan?

12. Pembangkang bertindak liar macam 'babi hutan melanyak kebun' dengan memotong banner 'anak emas', poster di potong dan dibuang. Pengundi kecewa dengan sikap kurang ajar PAS yang tidak profesional.

l. Babi babi tu bn yang punya, bn lg la tak professional nya, nak bagi rasuah pun..kc la ngan duit betul,bukan duit palsu.

13. Pusat hiburan dan penjualan arak secara terbuka berleluasa di dalam DUN Permatang Pasir.

m. Satu fitnah yang cukup nyata, penjualan botol arak kosong kat pusat recycle tu ada la,,,

14. Orang Mat Sapu memberi undi kepada calon BN kerana mereka kecewa Mat Sapu tidak dicalonkan.

15. Kaum Cina beralih arah menyokong BN kerana mereka mahukan pembangunan dan bukan cakap-cakap kosong sahaja seperti yang diamalkan PAS.

n. Orang cina lagi la tak percaya kat umno, kalau bangsa sendiri pun dia tindas. inikan pula bangsa lain. Cina pun faham telunjuk lurus kelingking berkait. Umno boken nya boleh di percayai pun.

16. Orang PAS kecewa kerana PAS telah tersasar dari perjuangan asalnya setelah bekerjasama dengan DAP.

o. Bukan nya org Pas, tetapi org umno sendiri yang kecewa, pasal Dap telah mula kenali, siapa pas.

17. Pengundi meragui Anwar kerana beliau sedaya upaya ingin menggugurkan kes liwatnya, ramai orang kata "Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah".

p. Bukanya meragui Anuar, tetapi si saiful tu...macam mana 3 doktor buat pemeriksaan, lansung tak terdapat kesan ape2. Rakyat meragui, mahkamah,polis, sprm,spr dan segala macam jabatan kerajan lagi.

18. Penduduk kecewa kerana tiada pembangunan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh semenjak menang pilihan raya kecil.

q. Hanya yang buta hati, buta mata je yang tak nampak pembangunan yang Anuar bawa,, hanya lah sati siri fitnah dari ribuan fitnah yang di tabur kan.

19. Pengundi kecewa dengan sikap angkuh dan bongkaknya Mafzuh selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir mendakwa beliau tahu berapa undi yang PAS akan perolehi dan berapa jumlah pengundi akan keluar.

r. Terlebih lagi la bongkak nya, zahid hamidi, muhyidin yasin, rais yatim, sharizat jalil,langsung tak tau ape,,hanya dok kata, rakyat dah mengubah undi pada bn..


20. Pengundi muda 'nampak pasir' teringat samaada PAS atau BN yang lebih layak. Ternyata bagi mereka BN lebih layak kerana PAS tidak menjanjikan apa-apa berbanding BN.

s. Hujan emas kalau menang, dapat tak tau lg. lebih baik la hujan pasir,,,ia lebih nyata,
bn mampu berjanji...tp tak mampu nak tunaikan


bn kalah lg 7 -1

No comments: