Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan berkata, berdasarkan senarai pengundi yang dikeluarkan, terdapat 14 pengundi beralamat di rumah tersebut.
Katanya, bagaimanapun apabila disiasat dengan pemilik rumah tersebut didapati hanya tujuh pengundi yang dikenali manakala selebihnya tidak dikenali.
''Pada kita ini adalah bukti jelas terdapat kemungkinan wujudnya apa yang dikatakan sebagai pengundi hantu kerana ada pengundi yang didaftarkan di alamat yang tidak diketahui siapa mereka oleh tuan rumah sendiri.
''Jadi kita minta SPR untuk siasat segera kes ini dan tanganinya secepat mungkin sebelum berlangsungnya hari pengundian 25 Ogos ini," katanya.
SPR, Ada masa lagi kalau nak gunakan dakwat tu, tapi jangan pulak gunakan kat PRK Permatang pasir je...gunakan terus pada semua prk dan pru13 nanti.
Cepat cepat buat, nanti abang sulung kamu UMNO mengamuk pulak, Mana yang spr boleh pinda, alter, buat la sekarang, UMNO dah nak gila meraban dah tu, tanda2 tanda nak kalah semakin menyerlah, kalau spr, polis, sprm tak tolong, terlungkup UMNO nanti..
UMNO dah tak ada isu dah, bawa lah isu Anuar pengkhianat ke. Isu TGNA kata umno tak masuk syurga ke,Isu Dap hina Islam ke... ni tidak,,,isu hantu pula yang di perbesar2 kan.
Peguam yang jadi calun UMNO tu ape cerita, nampak gaya nya tak ada harapan dah tu..satu malaysia dah tau, peguam tak amanah, majlis peguam yang cakap, bukan cerita kosong dari PR pun... terima je la hakikat. Umno nak telungkup dah.
tak rasa membazir ke masuk bertanding PRK ni,
No comments:
Post a Comment