Friday, April 30, 2010

Ketua Wira Perkasa Kedah, Shahrol Niza Omar.,,takat dua soalan tu..tak menggugat kuasa sultan, cuba banding ape yang telah UMNO lakukan dulu. Eh hang p belajar sejarah dulu la no..

ALOR SETAR 29 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Kedah akan membongkar motif di sebalik soalan mengenai bidang kuasa sultan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Isnin lalu.
Ketua Wira Perkasa Kedah, Shahrol Niza Omar berkata, pihaknya percaya terdapat maksud tersirat di sebalik pertanyaan itu yang cenderung kepada cubaan untuk campur tangan terhadap bidang kuasa sultan.

Semasa persidangan DUN Isnin lalu, Mohd. Nasir Mustapa (Pas-Kubang Rotan) telah mengemukakan dua soalan bertulis iaitu
1.sejauh manakah bidang kuasa sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat
Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.

2.setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.
Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan. Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.
Awat nya yang Perkasa kalut sangat ni.tang mana yang salah nya?

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.
Berikutan itu, pelbagai pihak telah mendesak kerajaan negeri memohon ampun daripada Sultan Kedah.
Bagaimanapun, sehingga semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan melayan desakan tersebut kerana yakin kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Janganlah kuasa sultan hendak dimanipulasikan oleh ahli-ahli politik hanya kerana mahu mendapatkan keuntungan politik parti masing-masing," katanya wira perkasa kedah.

Tak tau sejarah ke bagaimana TDM ngan UMNO seluruh nya telah lakukan pada sultan?

Utz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.

Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;
  • Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
  • Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
  • Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
  • Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
  • Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.
  • Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.
  • Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.


Beliau berkata, dengan berpegang kepada Perkara 3 Fasal 4 Perlembagaan Perkasa iaitu Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, pertubuhan itu menuntut Nasir dan kerajaan negeri memohon ampun daripada Sultan Kedah dengan segera bagi menyelesaikan kemelut itu.

Ni hang suruh UMNO melutut minta maaf dulu pada sultan na..

No comments: