Tuesday, April 6, 2010

Minta maaf ye,, PERKASA bukan pertubuhan perkauman, sebab bukan Melayu je yang ada,,,mamak juga ramai dalam tu.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan mengumumkan tindakan lanjut terhadap dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua lagi akhbar berbahasa Cina kerana gagal memohon maaf secara terbuka kepada NGO itu.



Jumaat lalu, PERKASA memberikan tempoh 48 jam kepada Timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press kerana didakwa melabelkan mereka sebagai "perkauman".


Pasal pe depa kata Perkasa tu perkauman, betul la depa ni tak reti menilai lansung. tak buat kajian ke..berapa ramai yang bukan melayu ada dalam tu..
Saja la cari pasal ngan Ketua katak sedunia tu.Tak nampak ke keris yang di cium nya...keris tu ada kuasa sakti..kalau di tunjukan pada musuh perkasa... akan terkena kenan katak,,,terlompat lompat 24 jam.

Ikut tempoh 48 jam tu dah habis..dah terlebih pulah... pe yang terjadi?
Hampeh,,,tak jadi pe pun..
Setakat gertak kosong, sape nak takut?

Ada pemimpin MCA atau gerakan nak takut ngan Perkasa?
Depa tak heran pun.
Ape yang perkasa leh buat pun?
Nak buat bemontrasi jalanan?
Nak anta memorendum kat Raja.
nak saman?
Akhit nya cuma buat sidang akhbar je la,,,

Ape lah mangkak sangat.. dah di promote, pekasa ngo melayu terbesar di dunia, kebanyakan ahli nya pulak adalah anggota parti melayu terbesar di dunia, parti melayu terkuat di dunia..bila orang kata  perkauman, marah pulak.

Budak sekolah pun reti...kalau semua ahli dalam satu persatuan tu terdiri dari satu satu kaum je...itu lah yang dinama perkauman...molo punya olang...cit. itu pun tak tau ke?

Perkauman tu macam mana pada pandangan perkasa?
Entahlah...makin nak PRU 13. makin melalut2 pulak mamat ni..

Boleh kata gerakan perti tin kosong, Kosong2 depa pun ada wakil dalam parlimen, Hang yang menumpang Pas tu ape cerita?
La ni dah jadi bebas., tu yang beria2 jadi perisiden Perkasa tu ye..cari sokongan le tu...
Masa nya dah hampir sampai...tungguuuuuu

No comments: