Wednesday, April 28, 2010

Hari ni menang, esok boleh mula projek, Mari kita lihat...

KUALA LUMPUR : Selepas kemenangan tipis BN di Hulu Selangor pada 25 April lalu, kini adalah masa bagi parti itu menunaikan semua janji yang ditaburkan sepanjang kempen tersebut.

1, Pemberian RM49.000 Bank Overdraf kepada Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya.
2, Janji untuk membina UiTM di Serendah
3. Menaik taraf pasarana pasar peladang, BN meluluskan RM100.000 untuk tujuan itu
4.Pemulihan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kawasan Hulu Selangor dengan peruntukan RM1 juta
5. Janji kepada Masyarakat Cina Kg Hasan, Hulu Selangor.membina 200 buah rumah kos rendah di kawasan berkenaan
6.Lain-lain janji BN ialah RM2 juta untuk Projek Tebatan Banjir, Pembinaan segera Empat buah sekolah yang masing-masing satu sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah dalam PArlimen Hulu Selangor.
7.Turut dijanjikan  RM32 juta untuk projek perumahan Peneroka Felda,
8.Janji BN untuk membaik-bulih masjis-masjid dengan peuntukan RM100juta, RM1,000 untuk setiap peneroka Felda yang ingin menjadi Usahawan Inap Desa, dan tambahan RM2.1 juta untuk membaiki bumbung tujuh rumah pangsa yang sehingga kini dilihat belum dimulakan walaupun BN sudah pun menang dalam PRK Ahad lalu.

Najib, sehari sebelum pengundiaan turut menuntut Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar untuk memastikan semua janji itu ditunaikan sebelum PRU.

Pengundi di Hulu Selangor sehingga kini terus memerhati sejauhmana janji-janji (Pakatan Rakyat melabelkannya sebagai Rasuah dan strategi membeli undi oleh BN) itu ditunaikan terutamnya menjelang Pilihan Raya Umum yang kian hampir.

1 comment:

azman kamarul said...

Tak apa tak tunai janji..........nanti pilihanraya akan datang boleh tabur duit lagi dan tabur janji.....dan menang lagi.

Melayu-umno lah katakan..emamg dilahirkan untuk ditipu oleh pemimpin umno.