Umno@BN menerima pukulan TKO seterusnya hanya kira-kira seminggu selepas bekas Naib Presiden MCA Dr Chua Jui Meng menyertai PKR minggu lalu. Hari ini Datuk SS Subramaniam bekas ahli Parlimen Segambut, 20 tahun menjadi Naib Presiden MIC secara rasmi mengumumkan menyertai PKR dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Medan peatang tadi. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Politik Malaysia dijangka akan terus digegarkan lagi dengan berita bahawa dalam tempoh terdekat seorang lagi pemimpin kanan Umno bakal menyertai PKR. Sekiranya berita ini menjadi kenyataan Umno@BN bukan sekadar menerima pukulan TKO tetapi KO!
Seperti yang pernah Sasterawan Negara Shahnon kiaskan dalam Buku Shit, semakin hari, semakin busuk , semakin berulat Kepala Shit yang semakin hampir nak keluar itu,
Masa nya telah hampir tiba, kebusukan pemimpin barisan yang dahulu bermula dari Mahadhir hingga sekarang hampir jelas kelihatan, hanya mereka yang berkepentingan sahaja akan sama2 karam bersama. Bagi yang cuma ngikut2 aja. Keluarlah, tak perlu lagi berfikir panjang, tiada guna nya menjadi sohcai pada mereka yang mempergunakan semasa perlu sahaja,
Tampa Barisan pun, sebenarnya kita masih boleh hidup dengan lebih aman dan sejahtera lagi.
No comments:
Post a Comment