Friday, July 31, 2009

PRK DUN Permatang Pasir Pulau Pinang 60 hari dari sekarang

KUALA LUMPUR, 31 Julai: PAS hilang seorang lagi pemimpinnya apabila satu-satunya Adun PAS di Pulau Pinang, iaitu Adun Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia pagi tadi.

Hamdan meninggal dunia di Institut Jantung Negara jam 6.15 pagi. Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan petang ini di Pulau Pinang.
Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung. Beliau telah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

ni bermakna, pengundi di situ akan mengundi lagi selepas dua kali mengundi tahun lepas iaitu pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Depa cakap. kalau PRK kat penang, depa tak mau serta..pasal tak mau membazir.

No comments: