Thursday, July 9, 2009

Mrkolompur, Jum kita kita belasah sohcai UMENO kat Spg Pelangai


Memalukan, Kawasan MB Tiada Kemudahan Bank

BENTONG - Ramai penduduk di kawasan DUN Pelangai dekat sini kecewa dan amat hairan dengan sikap ADUN kawasan terbabit yang tidak mahu mengambil berat masalah mereka. Biarpun kawasan itu diwakili oleh wakil rakyat yang bertaraf Menteri Besar, namun kemajuan yang dikecapi oleh Bandar Simpang Pelangai dekat sini amatlah menyedihkan sama sekali. Malah jelas sekali dapat dilihat bahawa keperluan penduduk langsung tidak diutamakan di situ. Menurut seorang penduduk, beliau amat kecewa biarpun sudah lama mendiami kawasan berkenaan dan memilih Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), sebagai Wakil Rakyat kawasan terbabit namun sehingga ke hari ini Bandar Simpang Pelangai masih tidak mempunyai kemudahan bank untuk keselesaan penduduk. "Bayangkan saya terpaksa pergi ke bandar berhampiran yang jaraknya hampir satu jam perjalanan semata-mata untuk membuat urusan perbankkan" katanya. Kami difahamkan bandar yang sering menjadi tumpuan untuk urusan berkenaan ialah Karak, Triang dan Bentong. Bahkan ada juga penduduk yang terpaksa pergi ke pekan berhampiran di sempadan N.Sembilan untuk membuat urusan berkaitan. Ini amatlah merumitkan dan tidak wajar berlaku dalam kawasan DUN yang mempunyai wakil rakyatnya seorang Menteri Besar sebenarnya.

Dah berkurun macam tu, time ngundi je datang nya kat kg spg pelangai tu..Nak ajak Shahrizat mai datang tengok, spg pelangai tu mcam manik urai juga la, kawasan mb pahang, satu hapah pun tak de,balai polis, balai bomba, mana org2 tua nak ambil pencen kena p bandar bentong, jauh tu..

Insyaallah PRU akan datang ni..ada ubat terbaik buat mb pahang.

No comments: