Sangat sangat hairan bin ajaib bila memikirkan tentang pesaka, pewaris juga pertubuhan kebangsaan melayu bersatu ini (umno), apekah sebenarnya yang diperjaungkan?
Hidup ketuanan melayu?
Ketuanan melayu yang macamna yang mereka perjuangkan? Semakin menindas bangsa melayu je yang nampak nya,banyak contoh yang dapat di lihat, salah satu nya pemusnahan kg haji abdullah hukum, bukan kah itu kg melayu?
pemusnahan kg berembang, bukan kah itu juga kg melayu?
Berapa ramai melayu yang daif, miskin, tak mendapat sebarang bantuan dari kebajikan masyarakat, Baitulmal hatta dari pertubuhan melayu sendiri,
Bantuan yang dapat pula, memilih milih, contoh nya kenyaan menteri pertanian, kerajaan pusat tidak akan memberi bantuan kepada petani yang berada di bawah PR, kenapa memilih milih?
Bukan kah itu penindasa kepada petani juga kebanyakan nya sebangsa dengan menteri tersebut.
ketuanan melayu yang sebenar nya mereka maksudkan ada mereka itu menjadi tuan(pemimpin) kepada melayu melayu yang tak berapa pandai menipu,menzalimi,berhati busuk seperti mereka.
Itulah yang mereka maksudkan sebagai keTUANan melayu itu.
Memperkasa bahasa melayu?
Memperkasa kan bahasa melayu? Ye ke? Menjahanamkan lg adalah.Kalau lah mereka sayangkan bangsa sendiri, tentu mereka akan berusaha membawa, mendarjat kan bahasa ibunda, bahasa datuk nenek mereka,Ape yang mereka ini lakukan?
ppsmi, pemusnah bahasa melayu,spatut nya mereka berusaha menjadikan atau menterjemah kan bahasa ingeris atau bahasa ape sahaje kedalam bahasa melayu bagi semua mata pelajaran barulah dinamakan mempekasa kan bahasa,
Mansuh kan ISA.
Kenapa mereka beria-ia nak kekal kan ISA tu?
Mungkin kerana,mak,bapak adik,abang,dan sedra mara mereka tak pernah di ISA kan jadi mereka rasa dan fikir, bila kena ISA seolah olah macam satu program percutian ye, tu la sebabnya depa menyokong ISA.
Cuba la baca, faham apa yang dianjurkan oleh agama Islam ini.
Jenayah penyiksaan ( torture ) pemerintah ke atas rakyat telah dinyatakan di dalam Al-Quran melalui kisah Firaun . Di dalam Surah Tho Ha, Allah s.w.t menyatakan
"Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya ( Firaun ), kemudian katakanlah: "Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami, dan janganlah engkau menyeksakan mereka” ( 20 : 47 )
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad di dalam sanadnya , Rasulullah s.a.w menyatakan “ Sesungguhnya Allah s.w.t akan mengazab mana-mana orang yang menyiksa manusia di dunia ini.” ( lihat Sunan Abu Dawud Vol 1V m/s 865 dan Musnad Ahmad b.Hanbal Vol 111 m/s 404 al-Maktab Al-Islami , Cairo )
Dalam satu lagi Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ( radiyallah ‘an huma ) , Rasulullah s.a.w menyatakan bagaimana seorang wanita akan masuk neraka kerana penyiksaan yang perempuan itu lakukan ke atas seekor kucing .
Rasulullah s.a.w menyatakan “ Telah masuk seorang wanita ke dalam neraka kerana beliau mengikat kucingnya dengan tidak memberi makan kepada kucing itu dan tidak melepaskannya untuk makan makanannya yang melata di muka bumi” ( lihat Sahih Bukhari , Vol 1V m/s 337 )
Kenyataan Ibrahim Ali seolah olahnya sengaja nak memulakan sessi pergaduhan je. Kalau tak,mengapa dia sengaja mencari tarikh yang sama untuk demo kekalkan ISA,
Kita tengok dan lihat sejauh mana permainan jahat mereka ini.
No comments:
Post a Comment