Friday, July 17, 2009

Hukuman gantung Khir, 4 ADUN kejam- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 16 Julai - UMNO Selangor mengutuk keras tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo serta empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) daripada menghadiri persidangan DUN berkuat kuasa semalam.

Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri, Datuk Noh Omar berkata, hukuman itu begitu kejam berbanding kesalahan mereka mengkritik Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) melalui media.

''Saya berasa kesal atas sikap Speaker DUN Selangor dan ahli DUN daripada pakatan pembangkang yang saya lihat mereka itu betul-betul tamak kuasa.

''Kita lihat hukuman yang dikenakan begitu kejam iaitu gantung setahun atau enam bulan dan dilucutkan kemudahan wakil rakyat. Nampak tindakan ini berbau politik," katanya.

Hahahaha... tamak kuasa?

Wahai latuk timbalan pengurusi pergubungan (GRO). Kalau dah bersalah, hukuman gantung, gantung aje la.Tang mana yang kejam tu?

Mengkritik jk pilihan khas tu bukan suatu kesalahan?

Yang tamak kuasa tu macam kat manik urai, nak bg rasuah jambatan 12 juta, yang tu betul salah kuasa dan tamak kan kuasa.

Khir salah tempat nak tunjuk kesamsengan nya,

Dah kena baru nk kesal tak payah la..terima aje la.

Lagi pun Khir dah kaya, ada perniagaan sendiri, berapa sen la sangat dia dapat dengan kemudahanwakil rakyat tu, sesekali jadi la seperti rakyat pulak,

No comments: