Monday, June 15, 2009

Anak angkat - Atok Mustafa Muhamad


Setiapa kali adanya Pru mahu pun prk , UBN pasti akan mengumpan semua pengundi, jika tidak dengan janji manis kata- kata, pasti dengan projek - projek segera.

Kecuali di PRK Penanti, tiada janji manis, tiada projek segera, dan pilihan raya paling aman didalam dunia, sahingga kan anggota keselamatan boleh tido sambil duduk je.

Berlainan pula didalam situasi PRK Manik Urai, Pihak UBN tidak lagi mengumum kan tentang projek2 segera, tetapi mengumumkan stratigi baru. 'Projek Anak Angkat".

Umno bercadang menjadikan Manek Urai sebagai kawasan anak angkat yang akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan projek pembangunan akan datang jika diberi mandat pada pilihan raya itu.

Berapa banyak kawasan yang telah UBN jadi kan kawasan anak angkat yang telah mereka majukan?

Tiada pun, kawasan yang jadi anak angkat yang telah dimajukan. Semua nya adalah pembohongan semata2 sekadar untuk meraih undi sahaja.

Cadangan untuk menjadikan Kawasan Manik Urai sebagai kawasan anak angkat sekadar untuk menebus maruah Umno dan BN yang kalah pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu termasuk terbaru di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah kecuali di DUN Batang Air, di Sarawak.

Bukan la niat sebenar sebenar mereka untuk memajukan Manik Urai pun.

Datuk Mustapa Mohamed, berkata sasaran itu tidak mustahil 'KEMENANGAN' akan dicapai sekiranya semua pihak terutama jentera pilihan raya bekerja kuat menarik sokongan termasuk mereka yang berada "atas pagar" mulai esok.

Beliau berkata kemenangan itu juga penting sebagai permulaan dan semangat dalam usaha BN memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-13 di Kelantan dan sekali gus merampas balik tampuk pemerintahan negeri itu daripada Pas.

Bersama- sama la kita pasti kan angan angan UBN untuk merampas kelantan dari Pas . hanya tinggal angan- angan sahaja, Jadikan PRK Manik Urai sebagai mimpi ngeri mereka.

No comments: