Tuesday, June 9, 2009

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man -100 kali lebih baik

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini adalah salah seorang penceramah yang mendapat iktiraf oleh baginda Sultan Pahang, pernah suatu ketika pada tahun 2000, ketika beliau sedang berceramah di Masjid Tengku Abdullah di Peramu kuantan, sekumpulan hampar seratus FRU telah mengepung masjid berkenaan,

Dengan penuh yakin, Datuk Tuan Ibrahim meyakin kan para jemaah supaya jangan takut, pada ketika itu juga Ketua polis kuantan cuba membawa Datuk keluar dari masjid tersebut, dengan alasan berceramah tanpa tauliah.

Alasan yg tidak kukuh itu menjadi suatu yang amat memalukan kan kepada Ketua Polis Kuantan, Datuk Tuan Ibrahim telah menunjukkan watikah perlantikan sebagai penceramah yang di akui oleh baginda Sultan Pahang.

Aku adalah salah seorang jemaah yang menge' booo ' pasukan FRU dan SB yang dihalau keluar dari kawasan masjid oleh Datuk Tuan Ibrahim.

Pada penilaian aku sekadar jemaah biasa,juga sebagai manusia biasa Datuk Tuan Ibrahim ini adalah 100 kali lebih baik dari Adnan Yaakob MB Pahang itu.

No comments: