Friday, June 19, 2009

Kenapa Pas-DAP boleh, Pas-UMNO tak boleh? Khaidir - Utusan MELOYA-19 jun 09

Sebenarnya, titik persamaan utama mereka sudah terlalu jelas dan tak perlu dicari lagi. Ini kerana secara umum semua orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Maknanya, mereka menyembah satu Tuhan, Allah SWT, menghadap kiblat yang sama, Baitullah di Mekah, berpegang kepada ajaran kitab yang sama al-Quran dan berpenghulu yang sama, Nabi Muhammad SAW. Jadi, dari segi akidah atau kepercayaan, tidak ada sebab mereka tidak boleh bersatu.

Jika telah di ketahui akan melayu islam itu meyembah tuhan yang satu, jadi mengapa masih menolak hukum yang seharus nya dijalan kan?

Bukan kah UMNO menolak hukum yg sepatut nya ia sokong dilaksana kan dengan alasan ia adalah dari Pas, sedang kan ia sebenarnya dari hukum allah

Hukum hudud bagi yang mencuri , betapa Tun Mahadhir memperleceh kan dengan berbagai sindiran, betapa akan ramai melayu akan kudung, kalau nk makan sup tangan boleh pergi di Kelantan,

Tiada pula sindirin dari DAP.

MENGAPA?

Sedangkan hakikatnya, kedua-dua parti memperjuangkan Islam dan dikuasai orang Islam.

Benarkah UMNO memperjuangkan Islam?

Berjuang menegakkan Islam kerana nak mendapat pengaruh atau sokongan atau sebenar nya benar-benar memperjuangkan Islam?

Kalau benar memperjuangkan Islam, mengapa pondok2, sekolah2 agama di lebelkan sebagai tempat mendidik pengganas?


Adakah UMNO sudah lupa?

Adakah hanya mengadakan musabaqah setiap tahun, mengadakan sambutan maulidur rasul, majlis kongsi raya itu dikatakan memperjuangkan Islam,

Dengan menyekat guru2 agama mengadakan tazkirah, mengadakan qiamuul lail, mengajar kitab masih lagi dikatakan memperjuangkan Islam?

Apakah UMNO dah lupa apa yang Tun Mahadhir kata kan kepada org yang melakukan qiamuul lail?

Lupakah UMNO pada tindakan bekas MB Selanagor yang manghalang masjid2 dari mengadakan kan taskirah pada bulan puasa?

Masih nak mengaku UMNO memperjuangkan Islam?

Memperjuangkan agama bukan sekadar dari ucapan mulut, seharus nya melalui perbuatan juga, jika tidak, itulah yang di katakan sebagai MUNAFIK, sebagai mana Abdullah bin Ubair.
Dari mulut berkata bersumpah berjanji dengan Rasullulah, tapi sampai satu ketika untuk memperjuangkan agama dengan berperang, MUNAFIK ini menghasut umat islam yg lain supaya jangan berperang.

Apa perbezaan nya Kafir dan Munafik?

Kafir sememang nya menolak hukum islam terang terangan.
Munafik pula mengaku islam tetapi menolak islam dalam diam.

PAS tidak mengajak ahli nya mencuri, atau membuat jenayah yang lain, PAS mengajar anggota nya membesarkan hukum allah.

Rasullulah memimpin umat manusia BERSATU di bawah satu KALIMAH ALLAH (ISLAM), baginda tidak mengajar BERSATU dibawah BANGSA.

No comments: