Thursday, June 11, 2009

Bersama mu...

Rancangan Bersama Mu sememangnya suatu rancangan yang cukup menarik dan bagus di tonton oleh segenap lapisan masyarakat, tapi yang menjadi masaalah nya kebanyakan yang menonton dan yang nak menghulurkan bantuan ada lah dari golongan senasib dengan orang yang di tonton.

Jika di perhatikan, setiap kali rancangan tersebut, di dapati rata-rata nya tidak pernah mendapat perhatian atau bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jabatan Agama Islam, Jabatan Urus Zakat bagi mereka yang beruagama Islam juga bagi saudara-saudara baru.

Mengapa ye ini berlaku?

Siapakah yang sebenar nya harus mencari, dan membantu mereka2 ini?

Apakah pengarah2. pekerja2 jabatan JKM, PUZ atau jabatan yg berkenaan fikir, mereka yang memerlukan bantuan ini akan datang bertemu dengan pegawai jabatan2 tersebut?

Pegawai2 jabatan yang berkenaan hanya mengharap kan lapuran dari ketua2 kampung, ketua2 masyarakat atau pun dari JKKK je..Boleh diharap ke hanya lapuran mereka2 ini?

Siapakah yang melantik Ketua Kampung?
Siapakah yang melantik JKKK?

Semua lantikan adalah dari UMNO.dan mereka2 nin adalah ahli2 umno,Satu Malaysia pun dah tau, kalau nama nya ahli UMNO, perangai mereka memang teruk. dari ahli yang biasa sampai lah pemimpin besar mereka..

JKKK- Setiap peruntukan, bantuan yang dapat dari YB, mereka akan mendahulukan sanak saudara, kawan kawan dan kroni dulu.
Kalau nk bantuan juga, kena tunjuk surat yang telah mengesah kan sebagai ahli UMNO.

TAK percaya?
percaya la,,semua itu benar, tiada yang bohong melainkan benar belaka.

Nak minta bantuan dari jabatan jabatan ini adalah melalui JKKK , Kalau JKKK tak sokong. sampai sudah lah tak dapat.

Pegawai pegawai yang bertanggung jawab hanya goyang kaki je kat pejabat, harap org datang minta kat depa, depa nk cari..sorry la.

PUZ dibandar Perda, Bukit Mertajam, bangunan nya sahaja lebih dari 5 tingkat, ada airkond, ada lif, pegawai2 nya berkereta cantik..

Nak tanya pada mereka yang berkenaan, dah abis semua ke mereka yang memerlukan bantuan kamu cari dan bantu?

Duit zakat adalah untuk mereka yang memerlukan, bukan untuk kamu buat bangunan untuk keselesaan sendiri..

Lu jawab la sendiri..malas nak cakap dah.

2 comments:

Atuk Banjar Masin said...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

Anonymous said...

Kita tidak boleh mengharapkan peranan warga kerajaan dan agensi seperti JKM sahaja dalam membantu masyarakat yang memerlukan. Tetapi, penglibatan semua warga masyarakat. Bercakap memang mudah, tetapi dalam melaksanakan sesuatu adalah amat sukar kerana kita tidak berada dalam situasi seseorang itu. Warga JKM sudah banyak mengorbakan masa, tenaga dan juga tidak mengira wang ringgit yang dikorbankan dari poket sendiri untuk melaksanakan tugas kerana mengenangkan tanggungjawab yang diamanahkan. Oleh yang demikian, sikap prihatin dan kerjasama masyarakat adalah diharapkan dan sikap menunding jari kemana-mana pihak tidak akan menyelesaikan masalah kerana ia bukan membantu tetapi akan menambahkan masalah. Cuba renung-renungkan...