Wah dasyat nya propaganda, dasyt nya penerangan dari ketua ketua UMNO , para pemimpin pemuda, puteri UBN, penerangan dari pemimpin atasan, penerangan pemerintah dalam masa 24 jam je mereka telah berjaya menarik minat ramai rakyat di Manik Urai khasnya, Seluruh Mlaysia am nya untuk menjadi ahli dan meyertai mereka.
Bercakap salah seorang yang baru mengisi borang UMNO , setelah mendapat sampul surat berisi 3 keping not RM 100 , mereka cukup memahami tentang penjelasan 1 Malaysia, penjelasan tentang Islam hadhari (walau pun pengasas nya dah bersara), penjelasan isu PKRZ, Isu Bumbung Stadium yang runtuh,
Mereka juga cukup memahami mengapa tambang surcaj bagi kenderaan akan dinaik kan.mereka cukup cukup memahami mengapa kekecohan berlaku di Dun Perak,Mengapa Zambry jadi MB (M) di perak dan segala satu macam lagi la.
Dan mereka akan lebih bertambah faham jika di hulur kan barang 3,4 keping lagi not RM50 atau RM 100.
Mereka juga telah di beri penerangan yang panjang tentang kekalahan UBN di bukit selambau, bukit gantang, kuala terengganu, dan mengapa UBN tidak bertanding di Penanti.
Adalah di percayai, bilangan rakyat yang akan menyertai UMNO akan bertambah di Manik Urai dari hari ke hari sahingga hari mengundi nanti,
Selepas mengundi, bilangan rakyat yang menyertai UBN itu akan hilang dibawa angin atau akan kembali ke kubur masing2, dan akan menjelma semula di mana PRK yang lain akan diadakan atau pada masa PRU 13 nanti.
Mereka yang dikatakan menyertai UBN kat Manik Urai tu benar2 ikhlas untuk menerima sumbangan berupa kain batik atau kain pelikat barang sehelai dua, gula sekilo dua, duit barang sepuluh dua, baju berlambang kan timbang kati sehelai dua,dan macam2 lagi la, semua dari kerajaan UMNO/BN.
Mereka ikhlas menerima nya,
dan masa mengundi nanti,,mereka dengan ikhlas memangkah PAS berlambangkan bulan purnama.
No comments:
Post a Comment