Thursday, June 11, 2009

UMNO TERKEDU,TEKEJUIT BEROK..HAHAHAHA PADAN MUKA, DAPAT MALU FREE.


Dari tpm, menteri kabinet,dan yang sewaktu dengan nya,,riuh berbicara pasal kerajaan perpaduan,
Sebenar nya tak ada sepe pun dari mana parti dalam malaysia ni nak joint UBN yang meroyan tu.. berkut adalah petikan artikel dari harakah

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

PUAK PUAK UMNO/BN ADA FAHAM KA SKARANG?

Gelinya hati aku...tobat sakit perut,,,

No comments: