Friday, June 26, 2009

Malaysia bakal anjur tenis Jelajah Dunia- Pembaharuan untuk rakyat yang PM dapat lakukan, Selepas GPFI dari Tun Madey,Monsoon Cup dari Pak Lah


KUALA LUMPUR 26 Jun - Kejohanan tenis Jelajah Dunia ATP buat pertama kali bakal diadakan di Malaysia pada 26 September hingga 4 Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan kejohanan tersebut yang dikenali sebagai Jelajah Dunia ATP 250 - Terbuka Malaysia di Hotel Mandarin Oriental hari ini. - Utusan

Bukan anti sukan, juga bukan nak marah, cuma sakit hati je, Ape penting nya penganjuran ATF kat Malaysia ni?
Macam juga GPFI,MC..apa yang rakyat dapat?
Bermegah? Bangga? pada siapa rakyat nk bangga?

Yang bangga cuma pemimpin je, rakyat yang sakit,berapa banyak rakyat yang miskin,yang papa kedana, tak ada pembelaan pun, kadar tol makin naik, harga barang keperluan makin meningkat,

Hanya inikah pembaharuan yg mampu PM bawa di bawah selogan 1Malaysia Rakyat Dahulukan?

Hanya ini je ke yang mampu PM,TPM dapat laku kan?

Ada terlebih baik gunakan otak seorang pemuzik, paling tidak setiap hari ada je ciptaan yang baru.

Dalam 27 Juta rakyat Malaysia berapa kerat je yang nk penganjuran taraf dunia di adakan ?

Kesian nya rakyat malaysia, slogan 1Malaysia, Rakyat di dahulukan nampaknya tak boleh pakai,

Rakyat nak lain,tak nampak ke ape yang rakyat ingin kan?

Jangan jadi pemimpin buta perut,,

No comments: