KUALA LUMPUR 23 Jun - Keputusan pakatan pembangkang khususnya Pas menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan menggambarkan parti itu tidak jujur membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pas dilihat lebih suka mengadakan perbincangan dengan DAP berbanding UMNO berhubung isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama seperti soal agama dan orang Melayu.
Seorang lagi Ahli MT UMNO, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, keputusan pakatan pembangkang menolak cadangan kerajaan perpaduan mendukacitakan UMNO khususnya orang-orang Islam.Seorang menteri kata kepentingan org melayu, senator pulak kata pasal islam, atok atok ni sehat ke atau demaam kura?
Bukan org islam yg kecewa, yang kecewa adalah pengikut dan pemimpin UMNO sebenar nya,
Umat islam amat kecewa dengan langkah kerajaan pimpinan Tun Mahadhir dulu yang menghalang hukum hudud dilaksanakan,mengapa di masa itu tiada menteri , sanator mahu pun penyokong UMNO yang bersuara?
Atuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah dengar tak Isu tanah Di Kerpan Kedah di waktu Kerjaan UMNO pimpinan MB Osman Maarof yang mengambil tanah bendang Orang Melayu?
Memaksa Org Melayu Kerpan menjual tanah secara paksa atas nama projek pembangunan, sedangkan yang berlaku adalah untuk pembikinan ternakan udang harimau dengan kerjasama dengan syarikat dari Arab Saudi,
Jangan cari salah pembangkang, jangan tuduh pembangkang tidak jujur,Dalam UMNO sediri terlalu bnyak salah,telalu banyak ketidak jujuran nya, jangan berselindung di balik daun sehelai.,memang tak nmpak tp bau kekotoran bangkai telah merebak kesegenap arah.
Cabaran PRK Manik Urai akan menjelaskan siapa yang tidak jujur,apakah UBN tak perasaan tentang permainan politik sendiri, apakah org melayu buta?
Melayu dari PAS,PKR tidak pernah buta dalam melihat kemungkaran UMNO dalam memperjuangkan Hak Melayu, Ketuanan Melayu, Raja2 Melayu, juga dalam memperjuangkan Agama Islam.
Yang BUTA adalah Melayu dalam UMNO je.
No comments:
Post a Comment